August 7, 2010

~~PENGENALAN~~



Setiap individu tidak akan lari dari mengalami tekanan perasaan. Tekanan adalah satu keadaan dimana terdapatnya gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang dan akhirnya apabila tekanan semakin tidak dapat dikawal, ia dapat mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan di luar kawal dan bertindak tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku samada terhadap diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling. Seseorang yang mengalami tekanan tidak akan mampu berfikir secara rasional. Tekanan bukan hanya bersifat negatif semata- mata ,sekiranya tahap tekanan yang dialami adalah sederhana, ia membantu dari sudut kesihatan dimana ia mendorong tubuh dan minda untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental.