August 7, 2010

~~CARA-CARA MENGATASI TEKANAN PERASAAN~~



• Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda

- Cari masalah dalam diri satu persatu.


• Letakkan Keutamaan

- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak

membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.


• Selesaikan Masalah Satu Persatu

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.


• Menangis

- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan

tekanan minda dan jiwa.


• Bersenam Atau Beriadah

- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran

darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.


• Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Menyanyi dan menari dapat melupakan kita kepada masalah yang di tanggung.

- Beban yang dipikul seperti hilang bersama jeritan yang telah dilontarkan.


• Curahkan Perasaan Dalam Diari

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan

sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari


• Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat

mengurangkan bebanan.
                 ·         Dapatkan Tidur yang Cukup 

-Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami
masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang
bertimbun.


• Uruskan Masa Dengan Efektif.

-Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan supaya aktiviti di
lakukan yang dapat mengurangkan tekanan.

• Mengadu Kepada Kaunselor dan dapatkan nasihat.

- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan

tindakan yang perlu diambil oleh kita yang mungkin kita tidak sedari.


• Berurut

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat

yang tegang serta keras dapat dikendurkan.

• Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat

- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang

dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan

yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.