Mengelak berlakunya kejadian bunuh diri
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan yang tidak normal akan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan mengandaikan bunuh diri adalah jalan penyelesaian yang lebih baik dan dapat menyelesaikan semua masalah yang melanda jiwa. Institusi kekeluargaan bertanggungjawab memberi didikan agama secukupnya.
Meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik
Seseorang yang bijak akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tekanan perasaan yang dialaminya. Perasaan dalaman adalah berkait rapat dengan kesihatan manusia dari segi mental dan fizikal juga sistem dalaman tubuh badan selain dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan hilang akal fikiran.
Kehidupan sosial bersifat normal
Apabila seseorang dapat mengawal tahap tekanan perasaan yang dialaminya, kehidupan seharian akan menjadi lebih terurus. Contohnya dapat mengawal emosi dan perasaan dalam apa jua situasi sewaktu bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.
Mengurangkan gejala-gejala sosial
Kebijaksanaan mengawal tekanan perasaan mampu mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan belia dimana rata-rata mencari ketenangan dengan menjerumuskan diri dengan najis dadah, menyertai kumpulan-kumpulan yang tidak berfaedah, mabuk dan sebagainya dengan alas an untuk lari daripada masalah yang dihadapi.
Negara aman sejahtera
Pelbagai kes jenayah berlaku dalam negara kerana kesan daripada tekanan perasaan yang dialami. Bayangkan seseorang yang mengalami masalah kewangan dan tidak berkemampuan untuk bekerja, individu tersebut akan mengalami tekanan tambahan lagi tidak dapat memenuhi kehendak hidup yang akhirnya melakukan jenayah seperti merompak atau membunuh.Perkara ini membimbangkan masyarakat negara dan juga pelancong luar untuk datang ke negara ini.