August 7, 2010

~~FAKTOR-FAKTOR BERLAKU TEKANAN PERASAAN~~







Faktor Dalaman :-

Tekanan perasaan yang dialami adalah berpunca dari individu itu sendiri dimana seseorang tidak mencapai sesuatu yang dihajati atau diharapkan. Faktor dalaman tidak melibatkan pihak ketiga.

·                     Keinginan melakukan yang terbaik
·                     Terlalu ideal
·                     Tiada keyakinan diri
·                     Putus asa / rendah diri
·                     Kurang pengetahuan agama
·                     Terlalu menjaga kepentingan orang lain
·                     Desakan untuk mendapat pujian
·                     Masalah kewangan
Faktor Luaran :-

Faktor luaran seringkali melibatkan pihak ketiga dimana tekanan terus diberikan kepada individu. Kaedah penyelesaian adalah perbincangan secara tertutup.

·                     Desakan di tempat kerja
·                     Konflik rumahtangga
·                     Konflik keluarga
·                     Pengaruh dan masalah dengan rakan / jiran
·                     Persekitaran yang kurang selesa / kekurangan 
                      kemudahan
·                     Tidak mendapat penghargaan
Faktor Isu Semasa :-

Seseorang individu juga akan merasakan tekanan secara tiba-tiba kerana perkara yang berlaku adalah tanpa disedari oleh individu tersebut.

·                     Kegawatan ekonomi dunia
·                     Malapetaka / musibah
·                     Jatuh sakit
·                     Perubahan politik
·                     Kehilangan tempat bergantung
·                     Perubahan status

Faktor Pemakanan :-
Seseorang individu juga akan merasakan tekanan disebabkan faktor pemakanan yang mengandungi bahan kimia seperti kafein,gula dan garam yang berlebihan.
  • Kafein dapat meningkatkan hormon tekanan dan individu akan sukar untuk tidur dan akan merasa tidak selesa.
  • Peningkatan kandungan gula dalam darah yang berlebihan daripada pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh boleh memberi tenaga berlebihan kepada individu tersebut dalam waktu yang singkat. Keadaan ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula. Ia boleh member kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak. 

  • Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan individu yang mengambilnya mengalami tekanan.