Seseorang yang mengalami tekanan perasaan yang tidak normal akan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan mengandaikan bunuh diri adalah jalan penyelesaian yang lebih baik dan dapat menyelesaikan semua masalah yang melanda jiwa. Institusi kekeluargaan bertanggungjawab memberi didikan agama secukupnya.
Meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik
Seseorang yang bijak akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tekanan perasaan yang dialaminya. Perasaan dalaman adalah berkait rapat dengan kesihatan manusia dari segi mental dan fizikal juga sistem dalaman tubuh badan selain dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan hilang akal fikiran.
Kehidupan sosial bersifat normal
Apabila seseorang dapat mengawal tahap tekanan perasaan yang dialaminya, kehidupan seharian akan menjadi lebih terurus. Contohnya dapat mengawal emosi dan perasaan dalam apa jua situasi sewaktu bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.
Mengurangkan gejala-gejala sosial
Kebijaksanaan mengawal tekanan perasaan mampu mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan belia dimana rata-rata mencari ketenangan dengan menjerumuskan diri dengan najis dadah, menyertai kumpulan-kumpulan yang tidak berfaedah, mabuk dan sebagainya dengan alas an untuk lari daripada masalah yang dihadapi.
Negara aman sejahtera
Pelbagai kes jenayah berlaku dalam negara kerana kesan daripada tekanan perasaan yang dialami. Bayangkan seseorang yang mengalami masalah kewangan dan tidak berkemampuan untuk bekerja, individu tersebut akan mengalami tekanan tambahan lagi tidak dapat memenuhi kehendak hidup yang akhirnya melakukan jenayah seperti merompak atau membunuh.Perkara ini membimbangkan masyarakat negara dan juga pelancong luar untuk datang ke negara ini.
Quick dan Quick mengkategorikan 2 jenis tekanan jiwa iaitu:
i.Eustress
ii.Distress
Eustressadalah respon terhadap tekanan perasaan yang bersifat sihat,positif dan konstruktif(bersifat membangun). Hal ini termasuk kesejahteraan individu dan juga organisasi yang disosiasikan dengan pertumbuhan, fleksibilitas,kemampuan adaptasi dan tingkat prestasi yang tinggi.
Distressadalah respon terhadap tekanan perasaan yang bersifat tidak sihat, negatif, dan destruktif(bersifat merosak). Hal ini termasuk konsekuensi individu dan juga organisasi seperti penyakit kardiovaskular dan tingkat ketidakhadiran (absenteeism) yang tinggi disosiasikan dengan keadaan sakit, penurunan,dan kematian.
Tekanan perasaan yang dialami adalah berpunca dari individu itu sendiri dimana seseorang tidak mencapai sesuatu yang dihajati atau diharapkan. Faktor dalaman tidak melibatkan pihak ketiga.
·Keinginan melakukan yang terbaik
·Terlalu ideal
·Tiada keyakinan diri
·Putus asa / rendah diri
·Kurang pengetahuan agama
·Terlalu menjaga kepentingan orang lain
·Desakan untuk mendapat pujian
·Masalah kewangan
Faktor Luaran :-
Faktor luaran seringkali melibatkan pihak ketiga dimana tekanan terus diberikan kepada individu. Kaedah penyelesaian adalah perbincangan secara tertutup.
·Desakan di tempat kerja
·Konflik rumahtangga
·Konflik keluarga
·Pengaruh dan masalah dengan rakan / jiran
·Persekitaran yang kurang selesa / kekurangan
kemudahan
·Tidak mendapat penghargaan
Faktor Isu Semasa :-
Seseorang individu juga akan merasakan tekanan secara tiba-tiba kerana perkara yang berlaku adalah tanpa disedari oleh individu tersebut.
·Kegawatan ekonomi dunia
·Malapetaka / musibah
·Jatuh sakit
·Perubahan politik
·Kehilangan tempat bergantung
·Perubahan status
Faktor Pemakanan :-
Seseorang individu juga akan merasakan tekanan disebabkan faktor pemakanan yang mengandungi bahan kimia seperti kafein,gula dan garam yang berlebihan.
Kafein dapat meningkatkan hormon tekanan dan individu akan sukar untuk tidur dan akan merasa tidak selesa.
Peningkatan kandungan gula dalam darah yang berlebihan daripada pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh boleh memberi tenaga berlebihan kepada individu tersebut dalam waktu yang singkat. Keadaan ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula. Ia boleh member kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak.
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan individu yang mengambilnya mengalami tekanan.