August 30, 2010

~~KESAN TEKANAN JANGKA PANJANG~~


Tekanan darah tinggi

Lelah

Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)

Serangan jantung

Masalah sinus

Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan

Strok

Masalah berat badan

Gangguan tidur

Cirit-birit atau sembelit

Serangan migrain

Gangguan kebimbangan

Ulser perut

Sakit kepala

Kemurungan



August 12, 2010

~~KEPENTINGAN MENGATASI TEKANAN PERASAAN~~







Mengelak berlakunya kejadian bunuh diri

Seseorang yang mengalami tekanan perasaan yang tidak normal akan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan mengandaikan bunuh diri adalah jalan penyelesaian yang lebih baik dan dapat menyelesaikan semua masalah yang melanda jiwa. Institusi kekeluargaan  bertanggungjawab memberi didikan agama secukupnya.


Meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik

Seseorang yang bijak akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tekanan perasaan yang dialaminya. Perasaan dalaman adalah berkait rapat dengan kesihatan manusia dari segi mental dan fizikal juga sistem dalaman tubuh badan selain dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan hilang akal fikiran.


Kehidupan sosial  bersifat normal

Apabila seseorang dapat mengawal tahap tekanan perasaan yang dialaminya, kehidupan seharian akan menjadi lebih terurus. Contohnya dapat mengawal emosi dan perasaan dalam apa jua situasi sewaktu bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.


Mengurangkan gejala-gejala sosial

Kebijaksanaan mengawal tekanan perasaan mampu mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan belia dimana rata-rata mencari ketenangan dengan menjerumuskan diri dengan najis dadah, menyertai kumpulan-kumpulan yang tidak berfaedah, mabuk dan sebagainya dengan alas an untuk lari daripada masalah yang dihadapi.


Negara aman sejahtera

Pelbagai kes jenayah berlaku dalam negara kerana kesan daripada tekanan perasaan yang dialami. Bayangkan seseorang yang mengalami masalah kewangan dan tidak berkemampuan untuk bekerja, individu tersebut akan mengalami tekanan tambahan lagi tidak dapat memenuhi kehendak hidup yang akhirnya melakukan jenayah  seperti merompak atau membunuh.Perkara ini membimbangkan masyarakat negara dan juga pelancong luar untuk datang ke negara ini.

August 7, 2010

~~VIDEO-VIDEO INDIVIDU DALAM SITUASI TEKANAN PERASAAN~~

~~GAMBAR-GAMBAR INDIVIDU YANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN~~









Add caption


~~CARA-CARA MENGATASI TEKANAN PERASAAN~~



• Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda

- Cari masalah dalam diri satu persatu.


• Letakkan Keutamaan

- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak

membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.


• Selesaikan Masalah Satu Persatu

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.


• Menangis

- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan

tekanan minda dan jiwa.


• Bersenam Atau Beriadah

- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran

darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.


• Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Menyanyi dan menari dapat melupakan kita kepada masalah yang di tanggung.

- Beban yang dipikul seperti hilang bersama jeritan yang telah dilontarkan.


• Curahkan Perasaan Dalam Diari

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan

sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari


• Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat

mengurangkan bebanan.
                 ·         Dapatkan Tidur yang Cukup 

-Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami
masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang
bertimbun.


• Uruskan Masa Dengan Efektif.

-Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan supaya aktiviti di
lakukan yang dapat mengurangkan tekanan.

• Mengadu Kepada Kaunselor dan dapatkan nasihat.

- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan

tindakan yang perlu diambil oleh kita yang mungkin kita tidak sedari.


• Berurut

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat

yang tegang serta keras dapat dikendurkan.

• Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat

- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang

dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan

yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.



~~JENIS-JENIS PEMBAHAGIAN TEKANAN PERASAAN~~









Jenis-Jenis tekanan jiwa atau perasaan

Quick dan Quick mengkategorikan 2  jenis  tekanan jiwa iaitu:

        i.            Eustress

      ii.            Distress

Eustress adalah respon terhadap tekanan perasaan yang bersifat sihat,positif dan konstruktif(bersifat membangun). Hal ini termasuk kesejahteraan individu dan juga organisasi yang disosiasikan dengan pertumbuhan, fleksibilitas,kemampuan adaptasi dan tingkat prestasi yang tinggi.

Distress  adalah respon terhadap tekanan perasaan yang bersifat tidak sihat, negatif, dan destruktif(bersifat merosak). Hal ini termasuk  konsekuensi individu dan juga organisasi seperti  penyakit kardiovaskular dan tingkat ketidakhadiran (absenteeism) yang tinggi disosiasikan dengan keadaan sakit, penurunan,dan kematian.

~~KESAN AWAL PENGESAHAN TEKANAN PERASAAN~~




GEJALA FIZIKAL DAN MENTAL:-
  • Degupan jantung yang cepat/bernafas kencang
  • Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  • Banyak berpeluh
  • Risau dan bimbang
  • Terasa loya
  • Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  • Kesukaran untuk tidur
  • Kaki dan tangan terasa sejuk
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti            kemurungan,kekecewaan,sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit